Cari Blog Ini

Aku Akan Datang...

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah 2:218

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah 2:218
"Akan senantiasa ada sekelompok kecil dari umatku yang berperang membela kebenaran, mereka akan mendapatkan kemenangan hingga datangnya hari kiamat."(HR.MUSLIM)

Senin, 09 Mei 2011

Untuk Saudara Yang Ingin Berjihad

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Saudaraku,
hargailah semangat jihadmu itu, kerana itulah yang akan menjadi pendorongmu untuk menjejaki jalan Para Nabi dan syuhada. Cara menghargai semangat jihad ialah menjauhkan diri daripada perkara2 yang melalaikan kerana ia dapat menghilangkan semangat jihad. Sesungguhnya, Para Nabi dan orang-orang yang mati syahid itu tidak mengabaikan pedang (jihad fi sabilillah). Saya dapati, tiada seorang pun dalam dunia ini yang dijamin syurga, sekalipun dia itu seorang wali, ulama, abid yang masyhur, berserban besar, mempunyai pengikut dan anak murid yang ramai.. banyak kisah-kisah tentang wali dan ulama yang masyhur dan dihormati seluruh penduduk bumi, tapi tempatnya di akhirat kelak ialah neraka. Namun, orang yang mati syahid, dijamin syurga asalkan dia menunaikan semua hutangnya, dan berjihad dengan niat ikhlas yakni tujuan utamanya ialah untuk menegakkan kalimah ALLAH, bukan kerana dunia. Sekiranya cukup 2 syarat ini, maka wajiblah syurga bagi orang yang mati syahid itu.

Saudaraku,
Saya dapati tiada amalan yang paling istimewa dalam Islam yang dapat menandingi amalan jihad fi sabilillah. Jihadlah amalan paling terbaik dan paling diredhoi ALLAH. Banyak dalil2 mengenai perintah jihad dan kelebihannya, tidak ada amalan lain selain jihad yang mempunyai kelebihan sebegini.

Saudaraku,
Saya dapati, tiada kematian yang lebih baik melainkan mati ketika berjihad yakni mati syahid. Orang yang mati syahid itu diberikan pelbagai keistimewaan di dunia dan akhirat. Para Penghuni syurga tidak dapat keistimewaan seperti keistimewaan yang diberikan kepada orang2 yg mati syahid.

Saudaraku,
Saya dapati, ALLAH dan Rasul mencela orang2 yang tidak berasa ingin berperang, apatah lagi orang yang enggan berperang ketika seruan jihad telah sampai. Terlalu banyak dalil2 yang mencela orang yang mengabaikan jihad.

Saudaraku,
Saya dapati, orang yang berjihad di medan perang ini hanyalah orang yang sedikit, terlalul ramai orang yang lalai dan mabuk dalam cinta dunia takut mati. Ini menguatkan lagi keyakinan kita bahawa jihadlah jalan ke syurga kerana itulah sedikit sekali orang yang menelusurinya.


Wahai para Nabi! Berilah perangsang/ semangat jihad/ dorongan kepada orang-orang beriman untuk berperang! Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang2 kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti (Surah Al-Anfal: 65)
SAUDARAKU,
Kita takkan dapat berjihad selagi kita masih bergelumang dengan orang-orang yang lalai dan leka dengan dunia. Jika kita bergelumang dengan mereka, kita akan lalai dan hilang tumpuan kepada jihad dan persiapan jihad. Oleh itu, biarlah hanya jasad kita yang berada sekitar manusia yang lalai dari jihad, namun hati kita teguh dengan semangat jihad yang tak berkurangan. Meskipun semangat jihad ini bergantung kepada iman, jika iman meningkat, semangat jihad meningkat, begitu juga sebaliknya.

Kita takkan mampu berjihad secara seorang diri, melainkan bagi orang yang benar-benar mantap. Oleh itu, kita perlu 1)bersatu beramai-ramai. 2)membina kekuatan bersama(tarbiah), dan 3)bergerak bersama, insyaALLAH kita sampai ke bumi jihad.

sumber: klik di sini

Hukum Memelihara Binatang:

Beliau Ditanya : Apa hukum orang yang mengumpulkan burung-burung dan meletakannya di dalam kandang agar anak-anaknya dapat bermain-main dengannya ?

Maka beliau menjawab : “Tidak ada yang salah dengan hal itu,apabila dia menyiapkan untuknya dari perkara-perkara yang harus (diberikan) dari makanan dan minuman. karena sesungguhnya hukum asal di dalam perkara yang semisal ini adalah halal. dan tidak ada dalil yang menyelisihi (hukum asal) sepengetahuan kami. Wallahu waliyu Taufiq

Sumber : Fatwa Ulama Baladil Harom Hal. 1793

Akan tetapi di fatwa yang lain beliau menambah satu syarat :

“apabila tidak menganggu siapa-siapa, tidak mengganggu tetangganya ataupun selain mereka”